Laman Utama
Monday, 21 May 2012


Matlamat penubuhan adalah untuk memajukan kepentingan ahli dan kesentosaan masyarakat nelayan terutama untuk mempertingkatkan taraf sosio ekonomi mereka. Struktur Persatuan Nelayan ini diurustadbir dan dikelolai oleh Barisan Lembaga Pengarah yang dipilih dikalangan Ahli Biasanya setiap 2 tahun sekali. Pengurusan Persatuan Nelayan pula akan diketuai oleh seorang Pengurus Besar dan beberapa kakitangan yang dilantik bagi melaksanakan apa-apa tugasan dan mandat yang ditetapkan oleh Lembaga Pengarah berdasarkan keputusan Ahli didalam Mesyuarat Agung. Selain dipilih, Menteri diberi kuasa melantik Lembaga Pengarah Tambahan tidak lebih daripada separuh bilangan Lembaga Pengarah yang dipilih. Syarat kelayakan keahlian AHLI BIASA Persatuan Nelayan Kawasan ialah berumur 18 tahun dan keatas, bermastautin didalam kawasan kegiatan Persatuan Nelayan Kawasan tersebut dan terlibat dengan mana-mana kategori berikut:
(a) mana-mana orang yang bekerja menangkap, mengutip atau memelihara hidup-hidupan dalam air selama tempoh sekurang-kurangnya seratus dua puluh hari dalam setahun,
(b) mana-mana orang yang bekerja memproses, mengendali atau berniaga ikan,
(c) mana-mana orang yang mendapat enam puluh peratus atau lebih daripada jumlah pendapatannya daripada perusahaan perikanan.
Selain itu, mana-mana orang yang menjalankan penyelidikan berkenaan atau mengambil bahagian dalam memperkembangkan dan memajukan perusahaan menangkap ikan adalah layak untuk menjadi AHLI BERSEKUTU.
|
PNKMU Pantai Remis, Perak aktif dalam hal-hal kebajikan dengan mengadakan bantuan dan khidmat kepada ahli dalam pelbagai perkara seperti memyediakan Tabung Bantuan Pelajaran Anak-anak Nelayan yang bertujuan membantu ahli yang tidak berkemampuan untuk menampung persekolahan anak-anak mereka. Bentuk bantuan yang diberikan ialah yuran persekolahan, alat-alat tulis, pakaian seragam sekolah, yuran peperiksaan UPSR, PMR dan IPTA. |
||
|
Pinjaman bagi membeli alat-alat tangkapan ikan dan input perikanan melalui skim dana nelayan.
Dana Nelayan merupakan Tabung Pinjaman Mudah khusus untuk nelayan pantai bagi meningkatkan pendapatan dan produktiviti tangkapan. Memasarkan Hasil-Hasil Tangkapan Ahli PNKMU
|
Peluang Latihan Kemahiran Industri Perikanan 2011 Pihak PNKMU juga ada memgambil para anak-anak nelayan yang berkelayakan untuk menjalani Latihan Kemahiran Industri Perikanan di Lembaga Kemajuan Ikan. Pada tahun 2010 subsektor perikanan telah menghasilkan 1,777,366 tan metrik ikan, iaitu peningkatan sebanyak 3.77% berbanding 2009 iaitu sebanyak 1,710,301 tan metrik. Sementera dari segi nilai menunjukkan penurunan sebanyak 23% dalam tempoh yang sama, iaitu sebanyak RM 6.579 juta, berbanding RM 8,546 juta pada tahun 2009. Bidang perikanan tangkapan dan akuakultur masing-masing menyumbang sebanyak 1,415,211 tan metrik dan 362,155 tan metrik kepada pengeluaran ikan negara. |
Celik IT Untuk Ahli PNKMU Untuk Menjayakan hasrat kerajaan untuk rakyatnya bagi membolehkan semua rakyatnya tidak terkecuali daripada arus teknologi IT atau Teknologi maklumat, maka piahk PNKMU telah mengambil inisiatif bagi melahirkan ahli-ahlinya tidak ketingggalan dari arus IT. |



